T-Series adalah akaun YouTube pertama yang mencapai 100 Juta langganan. Saluran ini juga merupakan saluran yang bersaing dengan sengit bersama-sama PewDiePie. Selepas berbulan bersaing antara satu sama lain, akhirnya PewDiePie menerima nasib yang sama.
Married to @marziapie 💍
Revived our love of Minecraft ⛏️
Reached 100 million subscribers on YouTube ✔️
What a month to celebrate and congratulate @PewDiePie 👊 pic.twitter.com/4rGuNDDwyx— YouTube (@YouTube) August 25, 2019
PewDiePie kini disahkan sebagai individu pertama dengan saluran YouTube yang mempunyai 100 Juta langganan. Secara tidak langsung perkara ini menjadikan PewDiePie akaun kedua yang mempunyai jumlah langganan 100 Juta selepas T-Series.
Akaun PewDiePie bermula pada tahun 2 Oktober 2010, dengan video bermain permainan Minecraft, selepas 9 tahun dengan pelbagai kandungan, dari berseorangan sehingga beliau telah berkahwin. YouTube turut berkongsi video mengucap kejayaan dengan memperlihatkan garis masa jumlah langganan video PewDiePie. Adakah anda antara yang melanggan beliau?