Pixel adalah peranti pertama yang menggunakan rekaan dwi-tona. Populariti Pixel ini menjadikan peranti lain seperti Huawei, turut ingin menggunakan rekaan yang sama. Pixel 4 adalah peranti terbaru yang bakal dilancarkan tidak lama lagi dan imej sebenarnya telah tertiris baru-baru ini.
Dalam kesibukan jenama lain meniru rekaan panel belakang seakan Pixel, Pixel 4 dilihat kini menggunakan hanya satu warna sahaja. Tiada lagi warna dua tona dengan kemasan berbeza. Pixel 4 berwarna hitam ini dilihat lebih kemas, cantik dan berkilat dengan butang kuasa berwarna putih. Bonjol kamera berpetak jelas kelihatan bersama-sama dengan dahi yang tebal.
Peranti yang tertiris ini dikatakan adalah unit ujian buat syarikat telekomunikasi Sprint. Untuk ketahui rupa paras sebenar peranti ini, sama-sama kita nantikan bulan Oktober ini.