Carian
OnePlus Merancang Untuk Mengedarkan Android 10 Pada OnePlus 7 Serentak Dengan Pixel
August 28, 2019 Fahim Zahar

Android 10 akan dilancarkan secara rasmi pada 3 September ini. Informasi ini adalah daripada PhoneArena, melalui pertanyaan kepada Google Support. Android 10 adalah sistem operasi baharu Google, yang mana kini menggunakan nombor sebagai jenama dan bukan lagi pencuci mulut.

Melalui laman Reddit, OnePlus bercadang untuk mengedarkan kemaskini Android 10 kepada OnePlus 7 Pro dan OnePlus 7 serentak dengan Pixel. Ini bermakna mungkin pada 3 September ini kita akan lihat Oxygen OS serba baharu. Tetapi, OnePlus menekankan juga yang mereka hanya berhasrat sahaja dan jika tiada aral ini mungkin tidak mustahil.

Sebelum ini, OnePlus telah pun mengedarkan kemaskini kepada OnePlus 7 Pro lebih pantas dari Pixel untuk tampalan sekuriti Ogos. Kenapa tidak Android 10? Sama-sama kita nantikan.

Komen