Sony Xperia 1 Menerima Skor DXOMark Sebanyak 91 – Setaraf Pocophone F1

Sony Xperia 1 Menerima Skor DXOMark Sebanyak 91 – Setaraf Pocophone F1

Diterbitkan pada Ogos 29, 2019 oleh .

Sony Xperia 1 adalah peranti mercu terbaru daripada Sony. Tetapi peranti-peranti Sony sekarang tidak lagi mempunyai kualiti kamera seperti dulu. Sebaliknya mereka hanya tekankan pada bahagian hiburan, seperti skrin yang cantik dan pembesar suara yang enak didengar.

DxOMark baru-baru ini telah menerbitkan skor tanda aras buat kamera Xperia 1. Peranti ini hanya menerima skor 91, yang mana setaraf dengan Pocophone F1. Xperia 1 walaupun dijual pada harga RM4299, kualiti kameranya jauh ketinggalan dengan peranti mercu lain.

Skor kamera swafoto adalah 78 dan video adalah 84. Skor mengambil gambar pula hanya 94. Menurut DxOMark, peranti ini mempunyai masalah dari segi HDR, mengekalkan butiran dan menghilangkan hingar pada gambar. Tetapi dari segi fokus dan warna, ianya cemerlang.

Sedikit mengecewakan di sini, kerana peranti yang dijual pada harga melebihi RM4 ribu hanya mempunyai prestasi kamera Setaraf peranti yang dijual sekitar RM1 ribu.


TIPS & ULASAN