Fitbit Versa 2 adalah jam tangan pintar memfokuskan kesihatan terbaru daripada Fitbit. Hari ini ia dilancarkan bersama-sama dengan perkhidmatan langganan bimbingan kesihatan Fitbit Premium.
Untuk menjadikan pengalaman penggunaan produk-produk Fitbit ini lebih baik, Fitbit turut melancarkan Fitbit Aria Air. Penimbang berat pintar mampu milik, yang mana lebih murah daripada penimbang sebelum ini – Aria 2. Dengan penimbang ini, ia akan memberikan data yang lebih untuk mendapatkan maklumat lebih jitu berkaitan kesihatan pengguna yang melanggan Fitbit Premium. Kemudian, ia turut boleh ditambat pada Fitbit Versa 2 bagi memantau sendiri berat badan dan data-data lain seperti kalori dan sebagainya.
Ia akan dijual di Malaysia pada penghujung September ini dengan tanda harga RM238. sahaja.