Face Match Mula Muncul Di Google Assistant – Tetapi Tidak Boleh Digunakan

Face Match Mula Muncul Di Google Assistant – Tetapi Tidak Boleh Digunakan

Diterbitkan pada Ogos 29, 2019 oleh .

Face Match adalah fungsi pengecaman wajah Google untuk Google Nest Hub Max. Melalui fungsi ini, jika wajah seseorang pengguna dikesan – kandungan pada Google Nest Hub Max hanya akan memaparkan kandungan berdasarkan data-data pengguna tersebut. Ini bermakna, jika ada ramai pengguna dalam pejabat atau dirumah – Nest Hub Max ini lebih mudah digunakan dan kandungan yang dipaparkan akan lebih spesifik.

Baru-baru ini, Face Match dilihat telah muncul dalam tetapan Google Assistant. Tetapi ia tidak boleh digunakan lagi, kerana Nest Hub Max masih belum dijual. Tidak pasti kenapa Google mengedarkan fungsi ini kepada pengguna jika ia tidak boleh digunakan.

Sebelum ini Face Match turut diuji pada Pixel 3. Apabila peranti diletakkan pada Pixel Stand, kandungan Google Assistant pada ambient display akan dipaparkan hanya jika wajah pengguna dikesan. Ini adalah untuk sekuriti.


TIPS & ULASAN