Penghujung tahun ini, Realme akan melancarkan pelbagai telefon pintar. Antara yang ramai nantikan adalah Realme XT yang dikatakan akan mempunyai kamera 64MP. Untuk awal bulan September ini, Realme akan melancarkan Realme Q terlebih dahulu.
Semasa mereka mengumumkan variasi ini, tidak banyak maklumat yang diberikan. Terkini melalui Weibo, Realme mengesahkan yang Realme Q akan dijana dengan cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 712. Maklumat lain masih menjadi persoalan. Peranti Realme lain yang dijana dengan cip ini adalah Realme 5 Pro yang dilancarkan di India minggu lalu. Jadi adakah Realme Q sebuah Realme 5 Pro yang dijenamakan semula untuk pasaran China?