Beberapa hari yang lepas, imej pengolokan OnePlus 7T telah tertiris ke arena web. Ia dilihat menggunakan tri-kamera belakang yang disusun dalam ruangan berbentuk bulat. Manakala di bahagian hadapan masih kekal menggunakan rekaan yang mirip dengan OnePlus 6T.
#OnePlus7T and 7T Pro launching on 26 Sep in Delhi
OP7T Info:
-8+128GB & 8+256GB, Frosted Silver & Haze Blue
-6.55" 2K Super AMOLED 90hz Display with Smaller Notch
-SD855+
-3800mAH Battery
-48MP+16MP+12MP Camera, 16MP Front, 960FPS 10 Sec. SlowMo, Wide Angle Video and Nightscape pic.twitter.com/0LWK8uLcG9— Ishan Agarwal (@ishanagarwal24) August 29, 2019
Terkini, spesifikasi buat peranti ini pula telah tertiris. Skrin peranti ini dikatakan akan bersaiz 6.55-inci dengan resolusi 2K dan kadar segar semula 90Hz. Panel yang digunakan adalah Super AMOLED. Untuk memori peranti ini dikatakan akan hadir dengan dua pilihan, iaitu 8GB RAM dan storan dalaman 128GB atau 256GB. Cip pemprosesan dikatakan akan menggunakan Snapdragon 855+.
Free Cloud Storage for a year will be provided. Will provide #OnePlus7TPro details if I get them but I'm hearing weird stuff: #OnePlus7T might have SD855+ while 7T Pro retains SD855. Not sure. 4080mAH Battery in OnePlus 7T Pro. Gear up for OnePlus Special Event happening in Delhi https://t.co/4ZJ25c3jaj
— Ishan Agarwal (@ishanagarwal24) August 29, 2019
Tetapan kamera pula dikatakan adalah gabungan lensa 48MP + 16MP + 12MP dan kamera swafoto 16MP. Menarik sekali, untuk rakaman video ia mungkin boleh menggunakan lensa sudut lebar. Akan terdapat dua pilihan warna, iaitu Frosted Silver atau Haze Blue. Mengejutkan, sumber mengatakan yang hanya OnePlus 7T sahaja akan dijana Snapdragon 855+, tetapi OnePlus 7T Pro akan kekal dengan Snapdragon 855 dengan 1 tahun langganan storan awan.
Menurut sumber, siri OnePlus 7T akan dilancarkan pada 26 September ini.