Cari @ Amanz

Pada penghujung tahun lepas, pihak Pos Malaysia di Pejabat Pos Jasin, Melaka telah memperlihatkan kelajuan sambungan internet 900Mbps menggunakan infrastruktur yang dibangunkan oleh pihak Tenaga Nasional.

Syarikat tenaga tersebut kemudiannya dilihat menyambungkan sekitar 1100 rumah di Jasin dengan sambungan internet gentian optik sebagai satu ujian untuk melihat keberkesanan rangkaian mereka.

Tenaga Nasional dilaporkan akan mengembangkan lagi rangkaian internet gentian optik mereka ke empat lagi kawasan di sekitar negeri Melaka. Kawasan-kawasan ini termasuklah Alor Gajah, Jasin, Ayer Keroh dan Malim Jaya, yang akan merangkumi 16000 buah rumah.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkata bahawa kerajaan menyambut penuh inisiatif Tenaga Nasional ini, dan berkata bahawa terdapat kebarangkalian bahawa infrastruktur ini akan dibawa ke negeri-negeri lain seperti Kedah, Perak dan Johor.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd