Huawei Mengacah Cip Audio Baharu Untuk Aksesori Audio

Huawei Mengacah Cip Audio Baharu Untuk Aksesori Audio

Diterbitkan pada Sep 1, 2019 oleh .

Apple memperkenalkan cip W1 pada aksesori audio nirwayar mereka bagi memudahkan proses tambatan secara bluetooth, Pengguna AirPods misalnya hanya perlu membuka penutup dan skrin tambatan akan dipaparkan pada iPhone dalam masa hanya tiga saat. Huawei mungkin akan melancarkan sistem yang sama ketika di IFA kelak.

Video acah pendek di atas jelas menunjukkan sebuah aksesori audio yang dilengkapi cip Kirin baharu. Ini mungkin usaha sulung Huawei untuk mempunyai sistem tambatan pantas seperti yang boleh ditawarkan oleh cip W1 Apple. Cip ini akan dilancarkan pada acara IFA 6 September ini. Bagi peminat peranti Huawei, ini semestinya akan menyelesaikan masalah proses menambat aksesori audio bluetooth yang agak leceh pada waktu ini.



Paling Popular