Apple Dijangka Memperkenalkan Ciri Baru Memfokuskan Pemantauan Corak Tidur Pada Apple Watch

Apple Dijangka Memperkenalkan Ciri Baru Memfokuskan Pemantauan Corak Tidur Pada Apple Watch

Diterbitkan pada Sep 3, 2019 oleh .

Apple sedia menjadualkan 11 September ini untuk pengenalan iPhone generasi baru. Bersama-sama dengannya, Apple turut dijangka memperkenalkan beberapa perkara baru, termasuk berkaitan dengan Apple Watch.

Terbaru, menurut laporan 9to5Mac, Apple diperkatakan akan memperkenalkan sejumlah ciri-ciri memfokuskan pemantauan corak tidur seseorang pengguna melalui Apple Watch kelak.

Melalui ciri baru ini, ia akan membolehkan pengguna Apple Watch untuk memantau kualiti tidur mereka menggunakan sejumlah sensor sedia ada pada Apple Watch, selain mana turut memantau kadar denyutan nadi dan sebagainya ketika tidur.

Pada masa yang sama, ia turut dijangka mengintegrasikan ciri pintar lain. Sebagai contoh, sekiranya pengguna bangun lebih awal daripada jam penggera yang ditetapkan, maka jam penggera akan dimatikan secara automatik.

Apple dijangka berkongsi lanjut mengenai ciri ini pada acara minggu hadapan. Ia tidak diketahui lagi bagaimanakah reaksi pengguna terhadap ciri baru ini memandangkan ramai yang memilih untuk mengecas jam tangan pintar mereka ketika waktu tidur.


TIPS & ULASAN