Kerangka Untuk Apple Card Dilancarkan

Kerangka Untuk Apple Card Dilancarkan

Diterbitkan pada Sep 3, 2019 oleh .

Kerangka tahan lasak biasanya digunakan pada telefon pintar, tablet dan kadang kala pada jam tangan pintar. Tetapi nampaknya ia kini mula dipasarkan pula untuk kad kredit Apple Card. Apple Card Case ini dihasilkan oleh firma Kerf bagi memastikan kad kredit yang diperbuat daripada titanium ini tidak akan mengalami sebarang kerosakan semasa dibawa oleh pengguna.

Kotak simpanan ini diperbuat daripada bahan kayu maple atau walnut. Sebelum ini kami melaporkan permukaan Apple menyarankan pemilik Apple Card supaya tidak menyimpannya di dalam dompet yang diperbuat daripada kulit atau denim. Permukaan kad akan mengalami perubahan warna yang kekal jika disimpan di dalam dompet menggunakan dua bahan ini.

Setiap Apple Card Case dijual pada harga bermula $39 (~RM164) sebuah. Tetapi sekiranya anda ingin memastikan kad kredit istimewa ini tidak mengalami sebarang cela ini ialah alternatif yang ditawarkan.



TIPS & ULASAN