OnePlus Menawarkan Android 10 Beta Untuk Pengguna OnePlus 7 Pro Dan OnePlus 7

OnePlus Menawarkan Android 10 Beta Untuk Pengguna OnePlus 7 Pro Dan OnePlus 7

Diterbitkan pada Sep 4, 2019 oleh .

OnePlus hari ini secara rasminya mengumumkan penawaran Oxygen OS “Open Beta” berasaskan kepada Android 10 untuk peranti dibawah siri OnePlus 7. Dengan pengenalan ini, ia sekaligus membolehkan pengguna peranti OnePlus 7 untuk menikmati dan menggunakan sistem operasi generasi baru Android ini bersama-sama sejumlah peranti lain.

Pihak OnePlus mengatakan ini adalah versi beta terbuka sebelum pengenalan versi stabil akhir. Ini sekaligus memberikan petanda yang mana ia masih belum stabil sepenuhnya, dan mungkin terdapat beberapa aplikasi yang tidak lancar untuk digunakan pada versi ini.

Sekiranya anda menggunakan OnePlus 7 atau OnePlus 7 Pro sebagai peranti utama anda, anda digalakkan untuk menantikan versi akhir dahulu sebelum menaik-taraf kepada versi Android 10 “Open Beta” ini.

Muat-Turun Oxygen OS Android Q Open Beta


TIPS & ULASAN