11 September 2019 adalah tarikh pelancaran rasmi iPhone baharu oleh Apple. Ura-ura mengatakan yang Apple akan menggunakan nama baharu bagi iPhone tahun ini, iaitu iPhone 11 (menggantikan XR), iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max.
#Apple #iPhoneXI #iPhone11Max #iPhone11Pro
The new iPhone product to be pushed by the Apple conference on September 10th. So here some specs. pic.twitter.com/DiqsThGyQf— Xiaomishka (@xiaomishka) September 2, 2019
Hari ini, spesifikasi asas bagi ketiga-tiga telefon pintar ini telah tertiris. Melalui informasi yang diperoleh ini, iPhone 11 akan kekal dengan skrin LCD dan iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max pula kekal dengan OLED. Kesemua iPhone kali ini juga tidak lagi akan menyertakan sokongan 3D Touch. Perkara paling menarik adalah, peranti ini akan dijana dengan cip pemprosesan A13, RAM dari 4GB sehingga 6GB, kamera swafoto adalah 12MP, dan mempunyai sokongan pengecasan nirwayar in/out (reverse wireless charging).
Kamera belakang iPhone 11 dikatakan adalah dwi-kamera, iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max adalah tri-kamera. Kemudian sokongan WiFi pula adalah WiFi 6. Apa-apa pun untuk maklumat lanjut, kita hanya akan ketahui pada minggu hadapan.