Carian
Sensor Soli Pada Google Pixel 4 Hanya Boleh Digunakan Pada 6 Negara Sahaja
September 5, 2019 Fahim Zahar

Pada bulan Julai lalu, Google telah memperlihatkan secara rasmi dua fungsi utama yang bakal hadir pada Pixel 4. Fungsi ini adalah Motion Sense, iaitu kemampuan kawalan gestur atas udara dengan menggunakan cip radar mereka ‘Soli’ dan sistem sekuriti imbasan wajah seakan FaceID.

Dukacita dimaklumkan yang kawalan gestur atas udara ini, ‘Motion Sense’ adalah terhad digunakan pada enam negara sahaja. Negara yang boleh menggunakan fungsi ini adalah Amerika Syarikat, Canada, Singapura, Australia, Taiwan, dan beberapa negara di Eropah. Negara yang tidak boleh menggunakan fungsi ini setakat ini adalah Jepun. Walau bagaimanapun, tidak pasti sama ada apa yang membuatkan fungsi ini terhad. Adakah perisian atau sensor ini langsung tidak disertakan pada unit tertentu masih menjadi tanda pertanyaan.

Jika penjual membawa masuk Google Pixel 4 ke Malaysia, adakah kita mampu menggunakannya atau kita perlu menggunakan VPN? Apa-apa pun sama-sama kita nantikan pengumuman Google kelak.

Komen