Google Memperlihatkan Teknologi Imbasan Wajah Dan Kawalan Gestur Atas Udara Buat Pixel 4

Google Memperlihatkan Teknologi Imbasan Wajah Dan Kawalan Gestur Atas Udara Buat Pixel 4

Diterbitkan pada July 30, 2019 oleh .

Sistem sekuriti berasaskan wajah Android Q telah pun kelihatan dalam Android Q Beta 4. Ia dijangkan akan diperkenalkan pada Pixel 4 bersama-sama dengan kawalan gestur atas udara berasaskan teknologi Soli yang diperkenalkan pada tahun 2015.

Kini Google telah mengesahkan yang Pixel 4 akan hadir dengan sistem nyahkunci imbasan wajah seakan Face ID. Sistem ini akan menggunakan pelbagai sensor yang seperti cip Soli. Ia juga adalah lebih efisien berbanding mana-mana peranti lain. Sebaik sahaja wajah pengguna dikesan, peranti akan terus dinyahkunci dan tidak perlu ditatal. Ia juga hanya akan mengesan wajah pengguna sahaja dan bukan wajah orang lain. Paling menarik, teknologi ini turut akan menyokong nyahkunci peranti tidak kira menegak atau melintang.

Menjadikan peranti Pixel 4 lebih unik adalah sokongan cip radar Soli. Cip ini telah dibangunkan sejak tahun 2015 lagi dan akhirnya ia diimplementasikan dalam telefon pintar. Fungsi yang diperkenalkan adalah kawalan gestur atas udara yang dinamakan Motion Sense. Dengan Motion Sense, pengguna boleh melangkau muzik, snooze penggera, mensenyapkan peranti hanya dengan kawalan gestur atas udara.

Disebabkan ini semua adalah teknologi daripada Google, setiap fungsi baharu ini akan menggunakan perisian dan algoritma tersendiri untuk berfungsi dengan baik. Bagi pengguna yang skeptikal dengan sekuriti dan privasi, menurut Google segala wajah yang diimbas akan tersimpan dalam peranti sahaja dan data wajah tidak akan diselarikan dengan mana-mana perkhidmatan atau pelayan Google.

Google Pixel 4 hanya akan dilancarkan pada penghujung tahun. Jika Google mengekalkan jadual mereka, ia mungkin akan dilancarkan pada bulan Oktober ini. Sama-sama kita nantikan.


TIPS & ULASAN