Nyahkunci Berasaskan Wajah Android Seakan ‘Face ID’ Tersembunyi Dalam Android Q Beta 4

Nyahkunci Berasaskan Wajah Android Seakan ‘Face ID’ Tersembunyi Dalam Android Q Beta 4

Diterbitkan pada June 6, 2019 oleh .

Smart Lock adalah alternatif menyahkunci peranti yang terkenal dalam peranti Android. Ia hadir dengan fungsi menyahkunci peranti berdasarkan lokasi, wajah, suara dan banyak lagi. Pada bulan September tahun lepas, Google telah merancang untuk menggantikan ‘Trusted Face’ kepada ‘Face Match’ – yang kononnya adalah lebih baik.

Kemudian turut kedengaran yang Android Q turut akan hadir dengan sistem ‘Face ID’ tersendiri. Pernah juga kami melaporkan yang Google merancang untuk sertakan sekali API nyahkunci imbasan mata, namun sehingga hari ini sudah tiada kemaskini mengenai laporan tersebut.

Terkini pada Android Q Beta 4, pihak 9to5Google telah menemui sistem imbasan wajah baharu yang tersembunyi. Ia bukan sahaja untuk menyahkunci peranti, tetapi turut berfungsi sebagai sekuriti untuk membuat pembayaran dan log masuk ke  laman web atau aplikasi. Fungsi ini sangat mirip dengan sistem ‘Face ID’ Apple.

Disebabkan fungsi ini tersembunyi ada kemungkinan besar Google hanya mengujinya sahaja. Jika ia hadir dalam Android Q versi akhir, ia pasti tidak selamat – kerana semua peranti Pixel tidak mempunyai sensor imbasan wajah yang baik seakan iPhone X ke atas. Ia hanya menggunakan kamera swafoto. Kecuali, Google mungkin bersiap-sedia untuk Pixel 4 kelak yang mungkin akan hadir dengan sistem ‘Face ID’ dengan sensor yang sama seakan iPhone X ke atas.



TIPS & ULASAN