Versi Android Akan Datang Bakal Mempunyai Sistem Imbasan Mata Secara Terbina

Versi Android Akan Datang Bakal Mempunyai Sistem Imbasan Mata Secara Terbina

Diterbitkan pada Mac 1, 2018 oleh .

Sistem imbasan mata untuk menyahkunci sesebuah peranti bukan lagi perkara yang janggal. Ia mula diperkenalkan pada Galaxy Note 7 dan terus dipopularkan oleh Galaxy S8, S8+ dan juga Note 8. Walaupun imbasan mata ini tidak sebaik berbanding pin atau kata laluan tetapi ianya memudahkan pengguna.

Samsung Galaxt S8

Sehingga kini imbasan mata memerlukan perkakasan dan perisian daripada pengeluar untuk memastikan ciri ini berfungsi dengan sempurna. Dengan populariti imbasan wajah, gabungan imbasan wajah dan mata akan menjadikan sekuriti lebih ketat dan semakin sukar untuk dipintas.

Di dalam sistem operasi Android terdapat satu fungsi yang digelar Smartlock dan ianya adalah cara pantas untuk menyahkunci peranti Android tanpa mengisi pin atau password. Antara ciri yang tersedia buat masa ini ialah imbasan muka, nyahkunci dengan suara, nyahkunci mengikut lokasi dan juga nyahkunci mengikut gerakan badan. Tetapi ciri ini pengguna masih perlu menatal skrin untuk teruskan proses nyahkunci.

Pada OnePlus 5T atau Honor 7X, mereka menggunakan fungsi ini tetapi proses menatal skrin untuk teruskan menyahkunci tidak lagi diperlukan. Dengan hanya memaparkan wajah pada skrin, peranti akan terus dinyahkunci.

Disebabkan populariti ini, versi Android akan datang mungkin akan menyokong sistem imbasan mata secara terbina. Ia berkemungkinan akan berada di dalam tetapan Smartlock. Beberapa barisan kod yang dinamakan Biometrics Iris HAL Interface dilihat berada dalam rangka-kerja sistem Android baru. Jika anda lihat barisan kod pertama “…unlocking with iris….” di dalam gambar di bawah, ia mencadangkan Android versi akan datang akan mempunyai kemampuan nyahkunci dengan imbasan mata.

Apa yang kita dapat lihat sejak kebelakangan ini ialah Android Asli mula mengintegrasikan fungsi yang sebelum ini diperkenalkan oleh pengeluar lain. Contoh terbaik ialah sokongan Multi Window dipinjam dari Samsung, dan menatal talam notifikasi menggunakan pengimbas cap jari dari Huawei. Berkemungkinan besar sokongan imbasan mata secara natif akan hadir pada versi Android seterusnya.


TIPS & ULASAN