Cari @ Amanz

Honor adalah sub-jenama Huawei yang bergerak dengan sendiri. Mereka juga ingin mengikut jejak langkah Xiaomi dan Redmi dengan menjual komputer riba, Honor MagicBook. Ia mula dilancarkan pada April tahun lepas dan kemudiannya versi Pro dilancarkan pada Julai tahun ini. Kesemua komputer riba MagicBook ini dijana dengan cip Intel dan dijual pada harga yang agak munasabah.

Terkini, Honor ingin menambah lagi barisan komputer riba mereka dengan memperkenalkan variasi Ryzen pula. Harga jualan juga agak kompetitif dan cip pemprosesan yang mereka gunakan adalah Ryzen 5, Ryzen 6 dan Ryzen 7. Memori pula adalah 8/16 GB RAM dan storan dalaman SSD 512GB. Ia akan mula dijual pada 30 September ini di China dan harga jualan adalah seperti berikut;

  • Ryzen 5 + 8GB RAM + 512GB SSD – 4699 Yuan (~RM2761)
  • Ryzen 5 + 16GB RAM + 512GB SSD –5199 Yuan (~RM3055)
  • Ryzen 7 + 8GB RAM + 512GB SSD – 5199 Yuan (~RM3055)

Turut terdapat versi Linux yang dijual sedikit lebih murah dari versi Windows;

  • Ryzen 5 + 8GB RAM + 512GB SSD + Linux – 4399 Yuan (~RM2585)
© 2024 Amanz Media Sdn Bhd