Cari @ Amanz

Sony Akan Melancarkan Peranti Xperia Yang Muat Di Telapak Tangan

Link Copied!

Beberapa jam yang lepas, Sony telah mengumumkan variasi baharu telefon pintar mereka – Xperia 5. Acara pengumuman ini diadakan di IFA Berlin 2019 dan peranti ini akan menggunakan skrin OLED bernisbah 21:9, dilengkapi sokongan Dolby Atmos dan juga sokongan DualShock 4.

View this post on Instagram

A post shared by Sony Mobile (@sonyxperia)

Walau bagaimanapun, butiran mengenai peranti ini masih belum diumumkan, seperti cip pemprosesan, memori dan sebagainya. Kini melalui Instagram @sonyxperia, mereka mengacah yang sebuah peranti Xperia baharu akan hadir. Lebih menarik peranti ini akan bersaiz kecil dan muat di dalam telapak tangan. Adakah satu variasi Xperia Compact baharu atau peranti seperti zaman Sony Experia zaman dahulu yang bersaiz sekitar 4-inci pada skrin.

Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan pengumuman ramsi Sony tidak lama lagi.


Komen ()