Hujung bulan lepas, Huawei ada mempatenkan warna baharu buat Huawei P30 Pro. Warna ini adalah warna dwi-tona seperti yang dilihat pada peranti-peranti Pixel. Jika Huawei bertanggungjawab mempopularkan penggunaan tri-lensa, Pixel pula bertanggungjawab mempopularkan peranti dengan warna dwi-tona.
Huawei P30 Pro again seen at #IFA2019, even advertising the upgrade to #Android10 pic.twitter.com/B6XLusoKdw
— Roland Quandt (@rquandt) September 4, 2019
Di acara IFA Berlin 2019, Huawei telah melancarkan Huawei P30 Pro dengan dua warna baharu berasaskan dwi-tona. Warna ini adalah Mystic Lavender dan Mystic Blue. Menurut @rquandt di Twitter, peranti ini dikatakan akan mula dijual dalam masa beberapa minggu lagi. Apa yang menarik, bukanlah warna baharu ini sahaja. Tetapi peranti Huawei P30 Pro dengan warna baharu ini, akan dijual bersama-sama dengan Android 10 terbina terus dari kotak.
Langkah ini mungkin adalah bagi menjana lagi keuntungan peranti Android mereka. Ini kerana, Huawei Mate 30 kelak, tidak akan dilancarkan bersama-sama dengan Android (mungkin Harmony OS). Jadi, untuk meneruskan menjana keuntungan daripada peranti Android – Huawei P30 Pro dilancarkan semula.