Carian
CIT-E Adalah Beg Sandang Belakang Yves Saint Laurent Dengan Teknologi Google Project Jacquard
September 5, 2019 Fahim Zahar

Pada tahun 2015, Google telah memperkenalkan Project Jacquard yang mana membawakan teknologi kawalan gestur ke kain. Kemudian Google bekerjasama dengan Levi’s untuk hadir dengan sepasang jaket yang menggunakan teknologi ini, yang mana kemudian dijual pada harga melebihi RM1.5K.

Terkini, Project Jacquard telah kembali menjadikan produk yang menggunakan bahan kain kepada produk pintar. Kali ini Google bekerjasama dengan, Yves Saint Laurent dengan melancarkan beg sandang belakang CIT-E. Perkara pintar pada beg sandang belakang ini adalah pada bahagian tali beg sahaja. Pengguna boleh tatal ke atas, ke bawah, tap dua kali atau menutup bahagian sensor untuk mengawal muzik, Google Maps atau lampu notifikasi.

Tidak seperti jaket Levi’s sebelum ini, sensor pada beg sandang belakang CIT-E boleh ditanggalkan untuk tujuan mengecas atau melindungi dari terkena air atau sebagainya. Beg ini diperbuat sepenuhnya daripada  nylon dan mempunyai lapisan kain dan juga beberapa kocek untuk telefon pintar dan komputer riba.

Disebabkan Yves Saint Laurent adalah satu jenama yang premium dan berada dalam kelas yang tinggi, harga jualan adalah €795 – iaitu sekitar RM3681.

Komen