Cari @ Amanz

Sejak beberapa minggu kebelakangan ini beberapa komputer riba dengan cip Intel Core Generasi ke-10 telah diumumkan. Pemproses Ice Lake ini membawakan peningkatan prestasi tetapi juga membolehkan sesetengah komputer riba menyokong Project Athena yang mempunyai ketahanan bateri sepanjang hari. Di IFA 2019 sebentar tadi, dua komputer riba Lenovo Yoga C940 dan Yoga S740 dilancarkan dengan cip terkini Intel Core generasi kesepuluh serta melepas piawaian Project Athena.

Lenovo Yoga C940 ialah model kemas kini  kepada Yoga C930 yang dilancarkan tahun lalu. Ia mempunyai jalan penyelesaian yang kreatif kepada masalah ini. Ia mempunyai sebuah soundbar terbina pada engsel skrin dan ia berputar 360 untuk memastikan audio sentiasa menghala ke hadapan. Pembesar suara yang digunakan juga yang pertama direka dengan kerjasama Dolby dan tidak mengejutkan turut menyokong sistem audio Dolby Atmos

 

Komputer riba ini ditawarkan dengan dua pilihan skrin iaitu 14″ sehingga resolusi 4K serta sokongan Dolby Vision, pemproses sehingga Intel Core i7 generasi ke sepuluh, memori sehinga 16GB dan storan sehingga 1TB. Seperti model tahun lalu, Yoga C940 mempunyai sokongan stylus yang diletakkan pada tempat simpanan khas pada bahagian belakang peranti.

Seterusnya Lenovo Yoga S740 dilengkapi skrin 14″ 4K dengan sokongan Dolby Vision, dijana sehingga cip Intel Core-i7 generasi ke-10, memori sehingga 16GB LPDDR3 dan storan SSD sehingga 1TB. Perubahan hanya dilakukan pada pemproses berbanding model yang ditawarkan di CES tempoh hari.

Akhir sekali ialah Lenovo Yoga S740 dengan skrin 14″ sehingga resolusi 4K, pemproses sehingga Intel Core i7 generasi ke-10. memori sehingga 16GB, storan sehingga 1TB SSD dan sistem pembesar suara Dolby Atmos.

Turut diumumkan ialah kedua-dua model ini juga menyokong sistem pembantu maya Alexa walaupun dengan skrin komputer dikunci. Ini membolehkan ia turut berfungsi sebagai hab pintar rumah yang menggunakan Alexa lengkap dengan ataramuka khususnya tersendiri.

Lenovo Yoga C940 14″ dijual pada harga bermula GBP 1499 (~RM 7745) manakala Lenovo S740 pula dijual pada harga GBP 899 (~RM4645) sebuah,

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd