Cari @ Amanz

Akui sahaja tablet Android adalah kurang menarik jika dibandingkan dengan iPad. Ini dapat dilihat dengan pegangan pasaran iPad yang semakin membesar sejak kewujudan siri Pro. Tetapi di IFA 2019, Lenovo masih belum bersedia untuk menepuk keluar seperti seorang atlet UFC yang dicekik dan mengumumkan dua tablet baharu yang turut berkemampuan berfungsi sebagai skrin pintar Google Assistant.

Lenovo Yoga Smart Tab mengembalikan tablet mereka yang hadir dengan tongkat terbina pada bahagian belakang. Ini membolehkan ia digunakan secara berdiri, dijongket untuk menaip dan digantung pada cangkuk dinding. Dari segi spesifikasi ia hadir dengan skrin 10.1″ IPS LCD FHD, dijana cip Snapdragon 439, memori sehingga 4GB, storan sehingga 64GB dan bateri sebesar 7000 mAh. Melengkapi spesifikasi ialah sepasang pembesar suara JBL dengan sokongan Dolby Atmos,

Lenovo Smart Tab M8 pula ialah tablet dengan skrin 8″ HD, dijana cip MediaTek Helio A22, memori sebesar 2GB, storan sehingga 32GB dan bateri sebesar 5000 mAh. Ia hadir dengan dermaga pengecas yang mengubahnya menjadi sebuah paparan pintar seperti abang besarnya Lenovo Smart Display , Smart Tab dan paparan mini Smart Clock.

Kedua-dua tablet ini akan menjadi paparan pintar menerusi mod Ambient pada sistem operasi Android Pie yang digunakan. Menurut Lenovo penggunaan tablet meningkat 30% apabila ia turut menyokong fungsi seakan sebuah paparan pintar,

The Yoga Smart Tab dijual pada harga $249.99 bermula bulan ini dan Smart Tab M8 pula pada harga $119.99 bermula Oktober.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd