Carian
(Tutorial) Asus ZenFone Max Pro M1 Menerima Sokongan Custom ROM AOSP Android 10 Stabil
September 6, 2019 Fahim Zahar

Asus Zenfone Max Pro M1 adalah telefon pintar berharga mampu milik dari Asus. Apa yang menjadikan peranti ini unik adalah, ia menjalankan sistem operasi Android asli tersendiri – iaitu berasaskan AOSP. Semaasa dilancarkan, ia dijual pada harga bermula RM599. Murah bukan?

Peranti ini dijana dengan Snapdragon 636 dan dipadankan dengan memori sehingga 6GB RAM dan storan sehingga 64GB. Ia juga mempunyai kapasiti bateri yang besar, iaitu 5000mAh. Peranti ini juga banyak menerima sokongan dari para pembangun yang aktif di forum XDA. Terkini, peranti ini telah menjadi antara peranti terawal menerima sokongan custom ROM Android 10 berasaskan Android 10. Bukan itu sahaja, custom ROM ini bukan dalam bentuk ujian – tetapi adalah versi yang stabil.

Bagi yang berminat untuk mencuba menjalankan custom ROM ini, ikuti langkah mudah di bawah;

  • Muat turun fail imej terkini di sini, muat turun juga fail GApps dan TWRP system-as-root twrp di sini.
  • Reboot ke mod pemulihan , flash TWRP system-as-root dari pilihan pasang fail imej.
  • Sekali lagi reboot ke mod pemulihan melalui menu pilihan reboot.
  • Padam sistem, vendor, data dan cache.
  • Flash fail imej terkini yang dimuat turun.
  • Sistem akan menjadi mounted, nyahpilih ia dan Remount sistem dan vendor, kemudian secara manual vendor dan flash fail .zip Gapps.
  • Reboot.
  • AMARAN! Baca Informasi Di Bawah Ini Terlebih Sebelum Anda Teruskan Dan Lakukan Flash ROM Ini Atas Risiko Sendiri!
  • Fail imej TWRP ini tidak boleh flash ROM-ROM Android Pie.
  • Flash semula imej pemulihan stok jika ingin menjalankan ROM-ROM Android Pie.
  • Memadan sistem menggunakan imej pemulihan SAR ini akan dipaparkan sebagai system_root.
  • Custom kernels tidak disokong dan peranti tidak akan hidup jika anda memasangnya.
  • Flash ROM dan Gapps serentak, jika tidak penyelarian kenalan tidak akan berfungsi.
  • Flash apa-apa mod atau imej .zip custom akan gagal.
  • Ini bukan ROM berasaskan GSI atau sebarang port, jangan gunakan ROM ini untuk diflash pada peranti lain.

Siapa kata peranti berharga sekitar RM500 akan menerima kemaskini yang lewat? Agak hebat untuk peranti ini menerima sokongan Android 10 dalam minggu yang sama ia dilancarkan kepada peranti Pixel, Essential Phone, Redmi K20 Pro dan beta OnePlus 7/7 Pro.

Apa tunggu lagi, selamat flash dan nikmati Android 10 lebih awal dari pengguna lain.

Komen