Carian
Grab Memperkenalkan Sokongan Pembayaran Pascabayar – Guna Dulu, Bayar Pada Hujung Bulan
September 6, 2019 Aman

Grab sebelum ini telah pun menguji sokongan dinamakan “PayLater” di Singapura sebelum ini. Kini, selain di Singapura, ciri berkenaan juga telah mula diperkenalkan kepada beberapa pengguna di Malaysia.

Grab Pay Later

Melalui ciri “PayLater”, ia membolehkan para pengguna untuk menggunakan perkhidmatan Grab terlebih dahulu, dan hanya melakukan pembayaran pada penghujung bulan. Ia adalah lebih kurang sama seperti perkhidmatan telekomunikasi yang menawarkan sokongan pascabayar.

Grab mengatakan tiada sebarang caj tambahan dikenakan, selain mana setiap pengguna akan mendapat amaun maksima yang dibenarkan berbeza-beza mengikut penggunaan.

Grab PayLater

Bagi anda yang kerap menggunakan Grab, mungkin ciri ini adalah salah satu yang mungkin dinantikan anda. Anda boleh menyemak sama ada akaun anda telah menerimanya atau tidak dengan ke tab Payment pada aplikasi Grab anda hari ini.

Komen