Dengan kesesakkan lalulintas yang semakin meningkat dari hari ke hari, pelbagai pengeluar kenderaan melihat kepada kenderaan dan pengangkutan terbang. Untuk makluman, sebelum ini, Geely sedia mengambil-alih Terrafugia (sebuah lagi syarikat memfokuskan kenderaan terbang), dan juga sebahagian saham Proton.
Terbaru, Geely turut membuat pelaburan pada Volocopter. Dengan pelaburan baru daripada pihak Geely dan beberapa pelabur lain, ia akan membolehkan Volocopter untuk melancarkan teksi terbang mereka dalam tempoh sekitar 3 tahun lagi. Mereka juga menyasarkan menawarkan perkhidmatan di China pada masa akan datang.
Buat masa ini, melalui kenderaan yang dinamakan VoloCity, ia mampu membawa dua orang penumpang pada jarak sehingga 35 kilometer dengan kelajuan mencapai 110km/j.
Selain Volocopter, terdapat sejumlah syarikat lain yang turut sedang melihat kepada arena kenderaan terbang, termasuk pihak Uber sendiri. Mungkin kita akan mendengar lanjut serta melihat penawaran komersil untuk kenderaan terbang ini dalam masa kurang lima tahun lagi.