Malaysia Dijangka Akan Menggunakan Rangkaian 5G Sepenuhnya Menjelang 2023

Malaysia Dijangka Akan Menggunakan Rangkaian 5G Sepenuhnya Menjelang 2023

Diterbitkan pada Sep 10, 2019 oleh .

Teknologi rangkaian 5G sedang hangat diperkatakan di seluruh dunia sejak awal tahun ini. Beberapa negara seperti Amerika Syarikat, Jepun dan Korea sudahpun mula mengimplimentasi teknologi tersebut, manakala Malaysia tidak jauh di belakang, dimana syarikat-syarikat telekomunikasi tempatan sedang menguji sambungan tersebut..

Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahya yang kini berada di Persidangan Serantau Mengenai Diplomasi Digital (RCDD) telah dilaporkan berkata bahawa Malaysia dijangka akan menggunakan rangkaian 5G sepenuhnya menjelang tahun 2023 kelak.

Secara teknikalnya, ini selari dengan Pelan Gentian Optik Dan Kesalinghubungan Negara lima tahun dimana semua ibu negeri di Malaysia akan mempunyai sambungan internet sepantas sekurang-kurangnya 30Mbps, dan 98 peratus daripada semua rakyat Malaysia akan berada didalam lingkungan kawasan liputan internet pantas.

Walaupun begitu, liputan sambungan internet menjelang 2023 ini merangkumi pelbagai jenis sambungan, termasuklah gentian optik, satelit, kabel tembaga dan sebagainya, dan tidak tertakluk kepada rangkaian 5G sahaja.

Seperti yang dikatakan tadi, syarikat-syarikat telekomunikasi tempatan yang terbesar, seperti Celcom, Digi dan Maxis semuanya sedang menjalankan ujian rangkaian 5G mereka buat masa ini. Samada ia akan sedia digunakan menjelang 2023, sama-sama kita tunggu.


TIPS & ULASAN