Apple iPadOS Akan Ditawarkan Bermula 1 Oktober Kelak

Apple iPadOS Akan Ditawarkan Bermula 1 Oktober Kelak

Diterbitkan pada Sep 11, 2019 oleh .

Sebelum ini, kita sering melihat pengenalan kemaskini sistem operasi secara serentak oleh Apple untuk peranti mereka. Namun, untuk tahun ini ia berubah, dan pengguna tablet Apple, iaitu iPad akan menerima kemaskini sistem operasi baru dinamakan iPad OS bermula 1 Oktober kelak.

Ia hanya selang beberapa minggu berbanding pengenalan iOS13 untuk iPhone.

iPad OS menyertakan sejumlah ciri-ciri baru untuk pengguna tablet, terutamanya memfokuskan kepada multi-tugasan, penggunaan gesture, dan memudahkan peningkatan produktiviti ketika menggunakan tablet berkenaan.

Bagi anda yang menggunakan iPad, boleh menandakan kalendar anda pada 1 Oktober ini untuk menikmati kemaskini iPad OS yang baru.


TIPS & ULASAN