Cari @ Amanz

Semasa Xiaomi melancarkan Xiaomi Mi 9, mereka telah mengumumkan sokongan pengecasan nirwayar pantas 20W pada peranti ini. Secara tidak langsung menjadi yang pertama dalam dunia yang menyokong pengecasan nirwayar pantas yang paling pantas.

Bersama-sama dengan pelancaran ini, Xiaomi turut melancarkan beberapa aksesori kuasa nirwayar baharu seperti – power bank 10000mAh dengan sokongan pengecasan nirwayar 10W, pad pengecasan nirwayar pantas 20W dan pengecan nirwayar untuk dalam kereta 20W. Produk power bank adalah yang paling menarik dan ia dijual pada harga sekitar RM90.

Terkini, Xiaomi hadir dengan Xiaomi 10000mAh Wireless Power Bank Youth pula. Ia adalah power bank 10000mAh dengan sokongan pengecasan nirwayar yang dijual pada harga lebih murah. Ia kini menggunakan bahan binaan polikarbonat, lebih ringan dan juga mempunyai pilihan warna hitam atau putih. Harga jualan adalah RMB129, iaitu sekitar RM76. Power bank ini mempunyai 1x port USB-A output, 1x port USB-C in/out 18W, empat lampu LED untuk indikasi baki bateri dan satu lampu LED untuk indikasi pengecasan nirwayar digunakan.

Kuasa pengecasan nirwayar adalah 10W yang mana bersifat universal, kerana ia berasaskan Qi. Jadi peranti seperti Samsung, iPhone 8 ke atas, Xiaomi Mi 9 atau Huawei Mate 20 Pro boleh menggunakan power bank ini tanpa sebarang masalah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd