Cari @ Amanz

Awal tahun ini Xiaomi ada melancarkan pencetak mudah alih, Mi Home Photo Printer – untuk mencetak gambar dengan mudah. Hanya menggunakan aplikasi satu aplikasi pelbagai gambar boleh dicetak. Pencetak ini turut menyokong Apple AirPrint dan menggunakan kertas gambar khas bersama-sama dengan dakwat khas dengan ribbon terbina. ia dijual pada harga sekitar RM300 sahaja.

Hari ini, secara senyap Xiaomi memulakan biayasama buat pencetak mudah alih baharu – Mi Pocket Photo Printer. Ia adalah pencetak gambar yang paling kecil di pasaran, diperbuat dari bahan binaan ABS, tahan lasak dan kemasan yang cantik. Disebabkan saiznya yang kecil, ia hanya menyokong cetakan kertas gambar bersaiz 3-inci. Lebih menarik, teknologi cetakan yang digunakan adalah ZINK – iaitu cetakan nirdakwat. Ia juga menyokong cetakan imej AR dan muzik.

Harga juala kelak adalah RMB349 (~RM205). Tetapi di China, Xiaomi menawarkan kempen biayasama yang dijual pada harga hanya RMB299 (~RM176).

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd