Carian
Rangkaian 4G Pada iPhone 11 Pro Dan iPhone 11 Pro Max Adalah 13% Lebih Pantas Dari iPhone XS
September 12, 2019 Fahim Zahar

Apple telah melacnarkan iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max semalam secara rasmi. Seperti biasa ketika pelancaran, tidak banyak butiran spesifikasi yang Apple jelaskan buat peranti baharu mereka ini. Apple dilihat lebih memfokuskan pada kamera dan kehebatan cip pemprosesan A13 Bionic mereka.

Rangkaian internet pada peranti iPhone sejak dulu lagi tidak dinafikan adalah sangat perlahan jika dibandingkan dengan peranti Android. Kini pada kedua-dua peranti iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max, SpeedSmart telah membuat ujian 4G LTE dan memperlihatkan peningkatan yang ketara. Kedua-dua iPhone 11 Pro kini 13% lebih pantas jika dibandingkan dengan iPhone XS. Ujian ini dilakukan dengan pelan telekomunikasi di Amerika Syarikat.

Contoh yang paling jelas adalah pelan dari T-Mobile. iPhone XS hanya mampu mencapai 41.81Mbps untuk muat turun, tetapi iPhone 11 Pro mampu mencapai sehingga 48.72Mbps. Itu adalah satu peningkatan yang baik.

Komen