Pembangunan Aplikasi Chrome Untuk Telefon Bimbit Dihentikan

Pembangunan Aplikasi Chrome Untuk Telefon Bimbit Dihentikan

Diterbitkan pada Sep 12, 2019 oleh .

Beberapa bulan lepas, terdapat satu aplikasi Chrome dilaporkan sedang dibangunkan untuk telefon bimbit. Keunikan aplikasi Chrome ini adalah, ia nirsentuh dan perlu dikawal dengan butang-butang fizikal. Laporan lain turut mengatakan yang Google mungkina akan membangunkan sekali sistem operasi Android nirsentuh bagi menandingi KaiOS sebagai sistem operasi untuk telefon bimbit.

Terkini dalam commit chromium, kod bagi sokongan nirsentuh untuk Chrome telah dibuang. Dalam commit ini bukan sahaja kawalan nirsentuh yang dibuang, tetapi apa-apa kod berkait dengannya turut dibuang. Secara tidak langsung, ini memberi petanda yang pembangunan aplikasi Chrome nirsentuh ini sudah ditamatkan.

Akan tetapi, kod ini dibuang dengan mesej “the exception of Blink code”. Mesej ini memberitahu yang kelak akan ada pelayar web berasaskan Chrome untuk telefon pintar dibangunkan dengan sokongan nirsentuh. Cuma ia bukan di bawah jenama Chrome. Jika projek ini berjaya, adakah Google akan hadir dengan Android nirsentuh juga? Jika ya, adakah Google mampu bersaing dengan KaiOS?


TIPS & ULASAN