Cari @ Amanz

‘Lights Out’ adalah mod gelap baharu untuk Twitter. Ia diperkenalkan sekitar enam bulan lepas untuk iOS. Mod gelap ini menawarkan mod gelap dengan warna hitam yang lebih gelap, atau nama lainnya warna hitam OLED. Ia tidak menggunakan mod gelap berwarna biru gelap.

Dua bulan lepas Naib Presiden bahagian rekaan dan kajian Twitter, Dantley Davis – memberitahu yang ‘Lights Out’ akan hadir untuk Android bermula bulan ini, iaitu September. Duka cita dimaklumkan yang pengedaran fungsi ini perlu ditangguhkan. Menurut beliau fungsi ini masih lagi sedang dibangunkan agar pengalaman penggunaan kelak adalah baik. Bersama-sama dengan pengumuman ini, Dantley turut berkongsi tangkapan imej ciri ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd