iPad Pro Dengan Storan 1TB Menerima Potongan Harga Sebanyak RM850 Di Malaysia

iPad Pro Dengan Storan 1TB Menerima Potongan Harga Sebanyak RM850 Di Malaysia

Diterbitkan pada Sep 12, 2019 oleh .

Menurut Apple, iPad Pro bakal menggantikan komputer riba sebagai “komputer” di masa hadapan. Dengan pengenalan iPadOS dalam masa beberapa minggu sahaja lagi, iPad akan menerima antaramuka yang lebih kondusif untuk memudahkan pemilik melakukan kerja seperti sebuah komputer riba. Sekiranya anda telah lama mendambakan iPad Pro dengan storan 1TB, ia kini menerima potongan harga RM850 sebuah.

Penawaran harga ini ditawarkan kepada semua model iPad Pro 11″ dan iPad Pro 12.9″ dengan storan 1TB sahaja. Sebagai contoh iPad Pro 12.9″ WiFi+LTE kini ditawarkan pada harga RM7349 berbanding RM8199 sebelum ini.

Kedua-dua model hadir dengan sokongan cip A12 Bionic, Face ID, rekaan bezel nipis, port USB-C, serta sokongan Apple Pencil 2. Kepada yang berminat ini ialah masa yang terbaik untuk memiliki iPad Pro dengan storan terbesar pada harga paling rendah pernah ditawarkan. Senarai harga baharu adalah seperti di bawah dengan harga lama dalam kurungan.

iPad Pro 11″ 1TB WiFi – RM5849 (RM6699)
iPad Pro 11″ 1TB LTE – RM6499 (RM 7349)
iPad Pro 12.9″ 1TB WiFi – RM6699 (RM7549)
iPad Pro 12.9″ 1TB LTE – RM7349 (RM8199)


TIPS & ULASAN