Cari @ Amanz

April lalu IKEA melancarkan dua pembesar suara pintar Symfonisk dengan kerjasama Sonos. Kedua-dua pembesar suara ini ialah usaha awal IKEA untuk menghasilkan kelengkapan audio pintar yang sesuai digunakan dengan pelbagai perabot lain keluaran mereka. Kini mereka memperlihatkan pula alat kawalan khusus untuk pembesar suara pintar ini.

Ia berbentuk bulat dengan diameter 50mm dan tebal 18mm. Untuk mengawal muzik alat kawalan ini boleh ditekan. Bahagian atas boleh berputar untuk mengawal kekuatan bunyi dan menukar lagu yang ingin didengari. Terdapat magnet pada bahagian tapak yang membolehkan ia dilekatkan pada permukaan logam. Alat kawalan ini akan dilancarkan pada bulan Oktober ini pada harga €14.99 (~RM 69) sebuah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd