Google Assistant Pada Chromebook Hanya Disokong Pada 15 Negara Sahaja

Google Assistant Pada Chromebook Hanya Disokong Pada 15 Negara Sahaja

Diterbitkan pada Sep 13, 2019 oleh .

Google Assistant pada Chromebook pada mulanya hanya terhad kepada peranti buatan Made by Google sahaja, iaitu PixelBook. Kemudian, tahun lepas barisan kod pada chromium commit memperlihatkan sokongan Google Assistant akan hadir buat semua Chromebook dan tidak lagi terhad kepada Pixelbook.

Terkini, kemaskini Chrome OS 77 yang akan dilancarkan minggu depan akan hadir dengan sokongan Google Assistant untuk semua Chromebook. Cuma sayang sekali, Google Assistant ini hanya boleh digunakan pada 15 negara sahaja. Ini hanya sementara sahaja, kelak akan ada lagi negara ditambah sokongannya. Malaysia tidak pasti bila akan terima sokongan ini. Berikut adalah senarai negara yang menyokongnya;

  • Australia
  • Canada (English & French)
  • Denmark
  • El Salvador
  • France
  • Germany
  • Italy
  • Japan
  • Mexico
  • Netherlands (Dutch)
  • New Zealand
  • Norway (Nynorsk & Bokmål)
  • Spain
  • United Kingdom
  • United States

TIPS & ULASAN