Cari @ Amanz

Realme hari ini telah memperkenalkan beberapa telefon pintar terbaru mereka untuk pasaran India, termasuk pengenalan Realme XT dengan kamera 64-megapixel secara rasminya.

Bersama-sama pengenalan telefon pintar ini, Realme juga turut berkongsi secara ringkas berkaitan dengan penawaran kemaskini Android 10 terbaru untuk peranti-peranti mereka.

Menurut Realme, Android 10 akan ditawarkan bermula suku pertama 2019 kelak.

Antara peranti terawal yang akan menerimanya adalah Realme 3 Pro, Realme 5 Pro, Realme X dan juga Realme XT.


Pada suku tahun kedua pula, Realme menyasarkan Realme 3, Realme 5 dan juga Realme 3i akan menerima kemaskini Android 10.

Dan akhir sekali, Realme 2 Pro dijangka akan menerima kemaskini Android 10 pada suku ketiga kelak.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd