Dompet Digital Payfy Akan Ditamatkan Pada 14 September 2019

Dompet Digital Payfy Akan Ditamatkan Pada 14 September 2019

Diterbitkan pada Sep 13, 2019 oleh .

Astro sebelum ini telah pun melancarkan dompet digital mereka tersendiri dalam memudahkan pembayaran nirtunai serta pembayaran perkhidmatan Astro dan NJOI. Walaubagaimanapun, ia tidak dipromosikan secara menyeluruh oleh pihak Astro, dan kini mereka telah mengumumkan yang mana perkhidmatan Payfy akan ditamatkan pada 14 September 2019 ini.

Astro Payfy

Pihak Astro meminta pengguna Payfy untuk menggunakan baki ganjaran untuk membayar perkhidmatan Astro serta NJOI sebelum 14 September 2019 ini.

Pengguna yang mempunyai baki tunai pula, anda boleh membuat permohonan untuk mengeluarkan duit seperti kebiasaan melalui Payfy.

Bagi anda sendiri, adakah anda pernah mencuba perkhidmatan Payfy ini? Atau tidak?


TIPS & ULASAN