Carian
Astro Turut Hadir Dengan Dompet Digital Tersendiri Untuk Transaksi Nirtunai – Payfy
May 2, 2018 Aman

Pada hari ini, terdapat sejumlah penawaran dompet digital untuk memudahkan transaksi nirtunai, termasuk daripada Maybank, Touch n Go, Boost, One2Pay, VCash, dan lain-lain. Turut menyertai arena sama, kini adalah Astro dengan dompet digital mereka yang dinamakan sebagai Payfy.

Melalui Payfy, pengguna boleh menghubungkan kad kredit atau debit didalamnya, dan seterusnya membuat pembayaran dengan mudah menggunakan aplikasi Payfy.

Astro Payfy

Buat masa ini, Payfy hanya menyokong pembayaran bil Astro dan juga Njoi sahaja. Namun, daripada laman rasmi Payfy, ia memberikan petanda berkemungkinan turut akan menyokong pembayaran dalam bentuk berbeza – termasuk mengimbas kod QR. Langkah ini sekiranya tepat, akan membuka sokongan pembayaran di kedai dan sebagainya menggunakan dompet digital ini.

Astro Payfy

Aplikasi Payfy ini ditawarkan di iPhone dan Android sahaja buat masa ini. Bagi pengguna yang memuat-turun dan menggunakannya, anda boleh mendapat pulangan tunai kembali sebanyak 2% untuk pembayaran bil Astro dan NJOI sehingga 30 September 2018 kelak. Disamping itu, anda yang memuat-turun dan mendaftarnya sebelum September 2018 juga akan menerima RM8 terus pada akaun anda sebagai ganjaran memuat-turunnya.

Komen