Cari @ Amanz

Razer memulakan semula trend peranti khusus untuk permua menerusi Razer Phone dua tahun yang lalu. Kini terdapat pengeluar lain seperti Asus ROG, Black Shark dan Red Dragon yang turut menawarkan peranti yang direka khusus untuk menjalankan permua pada tetapan terbaik. Langkah seterusnya dari Razer mungkin memulakan trend tablet untuk permua pula.

Razer telah memfailkan paten untuk tablet yang hadir dengan dua alat kawalan fizikal pada bahagian sisi. Sekilas pandang ia mirip sebuah Nintendo Switch. Kedua-dua alat kawalan ini mempunyai tombol analog, butang muka dan butang bahu. Tidak seperti Switch, alat kawalan akan disambung menggunakan magnet pada tubuh tablet. Apabila dihubungi Razer enggan memberikan komen mengenai perancangan produk masa hadapan mereka. Sungguhpun begitu mereka berkata paten tablet dengan alat kawalan telah difailkan oleh mereka beberapa tahun Switch dilancarkan.

Pada tahun 2013 mereka melancarkan Razer Edge Pro, tablet untuk permua lengkap dengan kerangka khusus dilengkapi alat kawalan fizikal pada bahagian sisi. Jadi tidak mengejutkan paten ini mungkin adalah gambaran awal kesinambungan kepada Razer Edge Pro.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd