Xiaomi Mi 9 Lite Diperkenalkan – Kamera Utama 48MP, Kamera Swafoto 32MP
Aman
Xiaomi hari ini telah pun memperkenalkan satu lagi telefon pintar terbaru, iaitu Mi 9 Lite. Untuk makluman, ia adalah variasi Mi CC9 yang telah dilancarkan di China sebelum ini, dan untuk pasaran global ia dilihat menggunakan nama Mi 9 Lite.

Xiaomi Mi 9 Lite hadir dengan skrin 6.39-inci AMOLED, menggunakan pengimbas cap jari pada skrin, dijana cip Snapdragon 710, serta bateri berkapasiti 4030mAh.
Untuk rakaman gambar, ia menyertakan tri-kamera belakang dengan kamera utama 48-megapixel, sementara untuk rakaman swafoto ia menggunakan sensor 32-megapixel.
Buat masa ini, Xiaomi telah melancarkan di Eropah, dan mungkin kita akan melihat penawarannya di negara-negara lain tidak lama lagi.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.