Samsung hari ini telah memperkenalkan Galaxy A30s dan Galaxy A50s untuk pasaran tempatan. Menariknya, bersama-sama dengannya, Samsung turut memperkenalkan satu lagi telefon pintar baru, iaitu Galaxy A20s.
Samsung Galaxy A20s hadir dengan skrin 6.5-inci HD+ berasaskan panel TFT, turut menggunakan rekaan bertakuk, dan dijana cip Snapdragon 450. Ia turut menyertakan memori 3GB RAM dan storan 32GB.
Melengkapkan ia adalah tri-kamera belakang gabungan 13MP + 8MP + 5MP, selain kamera swafoto 8-megapixel. Melengkapkannya juga adalah bateri berkapasiti 4000mAh.
Di Malaysia, Galaxy A20s akan ditawarkan pada harga RM699 bermula 21 September ini.