Cari @ Amanz

OnePlus sebelum ini telah pun mengumumkan tarikh pelancaran siri OnePlus 7T yang baru, iaitu pada 26 September kelak. Kini, selari dengannya, OnePlus turut membuat kejutan, dan memperlihatkan rekaan peranti akan datang mereka secara rasminya.

OnePlus 7T

Melalui rekaan yang diperlihatkan, ia membawakan rekaan kamera belakang yang diposisikan pada bahagian bulatan di tengah. OnePlus menggunakan tri-kamera belakang pada peranti akan datang mereka.

OnePlus mengatakan mereka telah melalui lebih 50 iterasi rekaan sebelum memilih rekaan akhir ini.

Buat masa ini, spesifikasi dan rekaan hadapan peranti berkenaan masih belum diperlihatkan lagi.

OnePlus 7T

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd