Carian
Facebook Dilaporkan Bakal Hadir Dengan Kaca Mata Pintar Bersama Pihak Ray-Ban
September 18, 2019 Aman

Facebook telah diperkatakan beberapa kali sebelum ini yang mana mereka sedang membangunkan kaca mata pintar tersendiri – malah Facebook sendiri pernah menyentuh mengenainya secara ringkas sebelum ini.

Terbaru, The Information berkongsi mengatakan Facebook sedang membangunkan kaca mata pintar dikenali dengan nama kod Stella. Facebook dikatakan bekerjasama dengan pihak Ray-Ban untuk projek ini.

Facebook 10 Tahun

Ia dikatakan kaca mata pintar ini akan menawarkan ciri seumpama Snapchat Spectacles, dimana ia akan membolehkan pengguna untuk merakamkan dunia disekeliling mereka menggunakan kaca mata pintar berkenaan – seterusnya berkongsi terus ke laman sosial berkenaan.

Facebook turut dikatakan akan melengkapkan kaca mata pintar berkenaan dengan sokongan pembantu maya tersendiri, selain aplikasi khusus untuknya.

Facebook dikatakan menyasarkan untuk memperkenalkan kaca mata pintar ini dalam beberapa tahun akan datang.

Komen