Cari @ Amanz

Redmi K20 EERedmi sebelum ini telah pun hadir dengan penawaran Redmi K20 Pro yang mencuri perhatian ramai. Di Malaysia, ia dipasarkan dengan nama Xiaomi Mi 9T Pro, dan dijual pada harga bermula RM1599.

Mencuri perhatian untuk peranti ini adalah penawaran spesifikasi tinggi pada harga yang sangat kompetitif.


Terbaru, Redmi di China turut memperlihatkan akan memperkenalkan Redmi K20 Pro Exclusive Edition yang serba baru. Ia akan menyertakan beberapa peningkatan berbanding versi asal.

Model ini bakal dijana cip Snapdragon 855+ yang menyertakan sedikit penambahan pada kuasa pemprosesan dan grafik. Selain daripada itu, ia juga dijangka menyertakan penyejukkan lebih baik bersama dengannya.

Penawaran dan spesifikasi lain dijangka akan lebih kurang sama seperti model asal. Redmi dijangka mengumumkan berkaitan dengannya pada 19 September ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd