Cari @ Amanz

Selain Mate 30 dan Mate 30 Pro, Huawei turut melancarkan Mate 30 RS. Apakah perbezaan yang ditawarkan pada model ini? Seperti tahun lalu ia sekali lagi tampil dengan kemasan yang diperbuat daripada bahan kulit dalam warna hitam atau merah yang direka oleh Porsche Design. Kulit kali ini adalah dari sumber asli yang lebih premium jika dibandingkan dengan versi vegan pada Mate 30 Pro biasa.

Mate 30 RS dilengkapi skrin 6.53″ OLED FHD+ dengan rekaan Horizon Display seperti Mate 30 Pro . Skrin melengkung sehingga  ke sisi hampir pada sudut 88 darjah. Terdapat takuk besar pada bahagian hadapan untuk sistem imbasan wajah secara 3D, sensor mengesan isyarat tangan dan pengimbas cap jari dalam skrin.

Ia dijana cip terkini Kirin 990, memori sebesar 12GB, storan 512GB dan bateri sebesar 4500 mAh. Sistem pengecasan 40W disokong menerusi sambungan USB-C atau 27W secara nirwayar.

Kamera utama pula menggabungkan sensor 40+40+8+3D TOF. Dwi-sensor 40-Megapixel dipadakan dengan lensa sudut lebar dan ultra sudut lebar. Sensor 8-Megapixel pula dipadakan dengan sistem telefoto zum 3X optikal atau 30X digital dengan mekanisme periskop sama seperti pada P30 Pro. Kamera swafoto pula sebesar 32-Megapixel.

Kamera utama yang boleh merakam video gerak perlahan pada tetapan 720P 7680 bingkai sesaat. Ini adalah lapan kali ganda lebih tinggi berbanding rakaman video 720P 960 FPS pada Galaxy Note 10+. Malahan pada Mate 30 video gerak perlahan 1080P 960FPS boleh dilakukan.

Kerana penggunaan skrin sisi yang besar, hanya satu butang kuasa fizikal diletakkan pada bahagian sisi kanan. Menggantikan butang suara ialah sistem Side Touch yang membenarkan pengguna mengkustomasi butang yang ingin diletakkan pada sisi dan kedudukannya. Huawei Mate 30 RS ditawarkan dalam warna hitam dan merah dengan harga 2095 Euro (RM9710) sebuah,

Sedang dikemaskini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd