iOS 13 Stabil Kini Boleh Dimuat Turun

iOS 13 Stabil Kini Boleh Dimuat Turun

Diterbitkan pada Sep 20, 2019 oleh .

iOS 13 adalah sistem operasi baharu dari Apple untuk iPhone. Manakala untuk iPad pula adalah iPadOS 13. Ia hadir dengan banyak perkara baharu seperti, mod malam pada sistem, aplikasi dua kali ganda lebih lancar, aplikasi Photos dengan sokongan penyuntingan video, dan banyak lagi.

Sudah berbulan iOS 13 diuji secara beta sehingga versi percubaan telah mencapai iOS 13.1. Akhirnya, bagi mereka yang tidak menggunakan beta – versi stabil sudah boleh dimuat turun sekarang. Pergi ke Settings > General > Software Update untuk mula muat turun dan mengemaskininya. Untuk peranti yang menyokong iOS 13, berikut adalah senarai;

  • iPhone 11

  • iPhone 11 Pro

  • iPhone 11 Pro Max

  • iPhone XS

  • iPhone XS Max

  • iPhone XR

  • iPhone X

  • iPhone 8

  • iPhone 8 Plus

  • iPhone 7

  • iPhone 7 Plus

  • iPhone 6S

  • iPhone 6S Plus

  • iPhone SE

  • iPod touch (generasi ketujuh)

Untuk lebih butiran mengenai perkara baharu dalam iOS 13, anda boleh baca artikel kami ‘20 Pekara Paling Menarik Pada iOS 13‘.


TIPS & ULASAN