Cari @ Amanz

Penggunaan dron di medan perang oleh pihak tentera akan meningkat dalam masa terdekat. Dron dapat melakukan misi remeh dengan lebih lama dengan kos yang lebih rendah dan pengawasan manusia yang minima. Awal tahun 2017 dron Boeing MQ-25 Stingray telah diperlihatkan dengan tujuan menjadi pesawat pengisi minyak untuk kegunaan pihak tentera Amerika Syarikat. Ia telah berjaya melakukan penerbangan sulungnya pada Khamis lalu.

Penerbangan selama dua jam yang dilakukan di St Louis ini dilakukan setahun selepas Boeing mengalahkan rekaan Lockheed untuk memenangi  kontrak membina prototaip di bawah program Unmanned Carrier Aviation Air System (UCAAS) . Sekiranya semua berjalan lancar, Tentera Laut Amerika Syarikat bercadang memesan 72 MQ-25 untuk kegunaan mereka menjelang 2026 bagi melakukan misi mengisi minyak pesawat F/A-18 Super Hornet, EA-18G Growler, dan F-35C Lightning II.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd