ZMI 10 Power Bank Pro Adalah Power Bank 20000mAh Yang Boleh Dicas Penuh Dalam Masa 3 Jam

ZMI 10 Power Bank Pro Adalah Power Bank 20000mAh Yang Boleh Dicas Penuh Dalam Masa 3 Jam

Diterbitkan pada Sep 24, 2019 oleh .

ZMI adalah pembekal kepada Xiaomi untuk aksesori-aksesori kuasa mereka. Tetapi, ZMI juga turut mempunyai pelbagai produk kuasa tersendiri. Antaranya adalah kabel pengecas, pengecas PD 65W, power bank dan banyak lagi.

Terkini, ZMI telah melancarkan ZMI 10 Power Bank Pro – iaitu power bank dengan kapasiti bateri 20000mAH. Menarik dengan power bank ini adalah, ia menyokong pengecasan pantas (output) 65W. Jika kebiasaannya power bank berkapasiti 20000mAh mengambil masa sekitar 5 jam keatas untuk dicas semula, ZMI 10 Power Bank Pro hanya mengambil masa 3 jam sahaja. Ini adalah kerana, power bank ini menyokong pengecasan pantas (input) 45W. Berat power bank ini adalah 440g, hampir setengah kilogram!

Tetapi dengan kapaasiti yang besar dan kuasa 65W, ia mampu mengecas iPhone XS sebanyak 5.5 kali, boleh mengecas Nintendo Switch, Macbook Pro, mengecas iPad Pro lebih dari satu kali, dan banyak lagi peranti yang menyokongnya. Antara perkara unik lain yang terdapat pada power bank ini adalah, ia turut boleh berfungsi sebagai hab USB. Ini bermakna, sambil anda mengecas komputer riba dengannya – cucukkan sahaja pemacu ibu jari untuk mengakses pada komputer.

Power bank ini direka sebagai satu aksesori premium, berwarna biru dan butang kuasa berwarna emas. Terdapat dua port USB-A dan satu port USB-C. Untuk membantu pengguna, ia turut mempunyai LED untuk indikasi pengecasan dan baki bateri. ZMI 10 Power Bank Pro ini dijual pada harga RMB329 (~RM193) dan akan hadir bersama-sama dengan beg, kabel C-C dengan pengiktirafan E-Mark dan kabel C-A.


TIPS & ULASAN